Sudah jatuh ditimpa tangga.
Port menerima satu lagi nasib kurang baik apabila didenda oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkenaan kesalahan tertentu sewaktu perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 27 Oktober lalu.
AFC dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika menjatuhkan denda ke atas gergasi Thailand dan ketua jurulatihnya, Bozidar Bandovic, selepas gagal mematuhi peraturan masa yang ditetapkan.
Port dikenakan denda RM10,225 sementara Bandovic diarahkan membayar RM6,135 selepas lewat keluar daripada bilik persalinan menuju babak kedua permainan, sekali gus memaksa aksi bermula lewat dua minit.
Terdahulu, Cong An Ha Noi (CAHN) turut didenda berikutan kesalahan yang dilakukan oleh penyokong kerana mengibarkan bendera yang tak sepatutnya.