Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 'Saya beri tahu dia hati-hati dengan Paraguay, kami telah sumbat Ronaldinho...'

ada

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, menyelar tindakan senator Paraguay, Celeste Amarilla, dengan menggambarkannya sebagai 'wanita keji' selepas ahli politik Paraguay itu mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman terhadap Mbappe.

Perkara itu susulan penyingkiran Paraguay selepas tewas kepada Perancis 0-1 dalam saingan pusingan 16 terakhir, dengan Amarilla menulis di laman X, dengan menggambarkan Mbappe sebagai orang Cameroon yang dijajah, yang cuba menyamar sebagai orang Perancis.

"Pemain Paraguay sepatutnya menamparnya selepas perlawanan.

"Saya beri tahu dia agar berhati-hati dengan Paraguay, kami telah sumbat Ronaldinho dalam penjara berhubung rasuah." kongsinya.

 

 

Mbappe menerusi media sosial membalas: "Puan Celeste Amarilla, anda seorang wanita yang keji dan tidak layak dengan jawatan anda. Anda tidak mewakili Paraguay, negara yang telah berpeluh dengan semangat dan kehormatan sepanjang pertandingan.

"Melalui kecuaian dan sifat perkauman anda yang berani lakukan, seluruh dunia telah melupakan perjalanan dan usaha bersejarah yang dicapai oleh pemain anda semasa Piala Dunia ini, memberi laluan kepada seorang wanita yang tidak cekap yang memberikan imej terburuk negaranya.

"Saya tidak akan sesekali membenarkan orang seperti dia bebas menyebarkan kebencian dan perkauman mereka ke seluruh dunia." ujar Mbappe.

 

 

 

 

Tambahan pula, dilaporkan Presiden Paraguay telah menghubungi Pejabat Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dengan menyatakan sokongan dan mengutuk kenyataan itu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video