PORTUGAL 0 SEPANYOL 1
Taktik Sepanyol menggunakan senjata rahsia ketika lima minit menuju masa kecederaan menjadi titik tolak kemaraan juara 2010 itu ke suku akhir Piala Dunia 2026.
Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo terpaksa mengucapkan perpisahan apabila jaringan tunggal Mikel Merino menjadi pemisah pertemuan di Stadium Dallas itu, sebentar tadi.
Pemain serba boleh itu masuk bagi menggantikan Dani Olmo untuk menambah sengat di bahagian serangan juara bertahan Eropoh tersebut pada minit ke-85, dan pantas membalas kepercayaan Luis de la Fuente dengan menghukum kelekaan Portugal ketika memberikan sepakan percuma dari tengah padang.
Tindakan bijaknya memperdayakan pihak lawan selepas dia dikasari dan pantas kembali memulakan permainan sebelum menyelinap ke dalam kotak penalti untuk menyudahkan umpanan Ferran Torres.