Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Macam orang Malaysia tapi bukan

Ivan

“Eh dia nampak macam orang Malaysia lah!”

Tapi hakikatnya bukan. Walaupun ada persamaan dengan cikgu geografi/ pemandu bas/ orang kuat FELDA bak kata netizen, pengadil ini bukanlah rakyat Malaysia.

Individu yang mencetus perbualan ketika perlawanan Perancis menentang Sepanyol pada Rabu ialah Ivan Barton yang berasal dari El Salvador. Barton bukan individu yang baru sahaja berjinak dalam pentas Piala Dunia, kerana pernah dilantik FIFA bagi menjalankan tugas selaku pengadil dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Menjadi pengadil dalam Piala Dunia dianggap antara penghormatan paling tinggi dalam kerjaya seseorang pengadil. Mereka perlu melepasi pelbagai ujian fizikal, teknikal dan psikologi yang dikendalikan oleh FIFA.

Jika Barton dilantik mengadili perlawanan akhir Piala Dunia, jumlah pendapatan keseluruhannya boleh mencecah hampir AS$300,000, termasuk bonus yang diterima sepanjang kejohanan.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video