Lamine Yamal akan memasuki senarai antara pemain paling muda yang pernah memenangi Piala Dunia, seandainya Sepanyol berjaya membawa pulang trofi berprestij itu.
Rekod pemain termuda yang pernah memenangi Piala Dunia masih dipegang legenda dunia iaitu Pelé ketika Brazil menjadi juara buat kali pertama pada 1958, pada usia 17 tahun 249 hari. Dalam aksi final menentang Sweden yang berkesudahan 5-2 itu, dua gol disumbangkan Pelé yang terus melancarkan dirinya menjadi sensasi global.
Pada 2018 ketika Perancis menjadi juara, Kylian Mbappé juga berjaya menembusi senarai eksklusif ini pada usia 19 tahun 207 hari. Mbappé juga menyumbang gol keempat buat Les Blues yang menang 4-2 ke atas Croatia.