Amerika Syarikat (AS) hanya meluluskan empat rayuan permohonan visa ahli delegasi Iran biarpun akan berdepan New Zealand, tiga hari lagi.
Karenah birokrasi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 itu -- yang kemudiannya meluluskan visa pemain-pemain -- secara tidak langsung menyangkal kemasukan 11 anggota yang lain untuk aksi di Los Angleas itu.
Daripada 15 visa yang dinafikan, 10 daripada telah mengemukakan permohonan semula tetapi enam daripadanya sekali lagi ditolak termasuk Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran (FFIRI), Mehdi Taj, salah seorang naib presiden FFIRI, dua pentadbir pasukan yang bertanggungjawab untuk operasi harian, seorang pegawai media dan seorang pegawai keselamatan.