QATAR 1 SWITZERLAND 1
Lonjakan tinggi Boualem Khoukhi menghadiahkan satu mata buat Qatar ketika membuka kempen Piala Dunia 2026 dengan mengikat Switzerland 1-1, sebentar tadi.
Breel Embolo meletakkan wakil Eropah tersebut di depan melalui sepakan penalti pada minit ke-17 sebelum tandukan Khoukhi meleburkan hasrat kemenangan Switzerland dalam pertemuan Kumpuan B di Stadium Bay Arena itu dalam masa kecederaan.
Switzerland seharusnya meratapi keputusan 1-1 ini selepas melancarkan 27 peluang serangan, hanya untuk enam peluang yang dicipta oleh juara Asia itu tetapi sudah cukup menghukum pihak lawan.