Skuad futsal negara akan memulakan kempen Futsal Piala Asia 2026 menentang Iran di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia Rabu ini bermula jam 5.50 petang.
Pasukan bimbingan Addie Azwan Zainal akan bertemu pasukan nombor satu dunia itu pada perlawanan pembukaan kejohanan berprestij dengan misi mengekang kekuatan mereka.
Advertisement
Kali terakhir Malaysia layak ialah pada 2018 dengan pencapaian terbaik ke pusingan seterusnya pada 2005 di Vietnam.
Untuk rekod, ini adalah penampilan ke-13 skuad negara dalam saingan tertinggi Asia itu.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) FUTSAL PIALA ASIA 2026
Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
Saluran: Astro Arena 801
Venue: Velodrom Antarabangsa Jakarta
Masa: Bermula 5.50 petang
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!