Siapakah yang akan menjuarai Piala Malaysia musim 2025/26 ini?
Dengan perlawanan Liga Super bakal memasuki pusingan kedua, tahun baharu ini juga menandakan kejohanan bola sepak paling berprestij akan bermula bulan ini.
Advertisement
Sebanyak 16 pasukan akan berentap merebut gelaran trofi paling bersejarah. 13 pasukan Liga Super ditambah tiga kelab daripada Liga A1 Semi-Pro akan menjanjikan saingan hebat menuju aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Mei depan.
🔥 Undian Piala Malaysia!
Malam ini, 8 pasukan bakal diundi untuk bertemu 8 pasukan seeded
💬 Pertemuan mana yang paling anda nantikan?
Kongsikan ramalan anda di ruangan komen 👇#PialaMalaysia2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/feUOsirGMR— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 2, 2026
Saksikan undian bagi kedudukan braket berdasarkan pot masing-masing bagi mengetahui lawan masing-masing.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) UNDIAN PIALA MALAYSIA 2025/26
Tarikh: 2 Januari 2026, Jumaat
Saluran: Astro Arena (801), Astro GO, Sooka & Youtube (Arena)
Masa: Bermula 8.30 malam
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!