Rentetan penganjuran acara sukan yang menutup jalan-jalan utama di bandaraya Kuala Terengganu, ‘Negeri Paling Bahagia’ yang bermula pada Khamis lepas sehingga Sabtu lalu mencetus pelbagai reaksi kurang menyenangkan di kalangan penduduk setempat mahupun pelancong ke negeri ini.
Tinjauan di laman sosial rasmi penganjur acara tersebut, sebahagian besar netizen menzahirkan ketidakpuasan hati yang menganggu rutin kehidupan seharian mereka sama ada bersama keluarga atau golongan yang bekerja di dalam perkhidmatan mahupun jualan pada hari hujung minggu.
Advertisement
Runggutan seorang pengguna Facebook, Wan Azmi Azmi ada asasnya untuk dihadkan sebarang penganjuran yang menutup jalan-jalan awam di sekitar bandar raya ini.
“Cuba lah pulak buat program dekat daerah-daerah lain. Boleh juga menaikkan ekonomi setempat di kawasan itu. Rasanya rakyat Kuala Terengganu dah jemu dengan banyak sangat program yang menyusahkan rakyat dengan kesesakkan jalan raya.” berkata Wan Azmi Azmi dalam satu hantaran media sosial.
Menambah tekanan, bermulanya musim cuti sekolah ketika ini dengan meningkatnya kadar aliran trafik kehadiran pelancong-pelancong turut sama memberi reaksi bercampur gaur di laman sosial.
"..nak balik ke hotel 1.5km(pada jarak) ja pon.. sana tutup sini tutup penat bayaq hotel.. rosak habis plan mai ganu..," cetus Mohamad Firdaus di laman sosial penganjur acara sukan itu.

Selain menerima cemuhan dari orang awam, turut berkongsi reaksi adalah dari kalangan peserta itu sendiri yang amat tidak berpuas hati dengan pengurusan penganjuran yang dilihat teruk untuk acara yang diumumkan sebagai berstatus antarabangsa.
AhmadZafiri NoorAsila di turut meninggalkan komen di laman sosial penganjur menjelaskan masalah untuk pendaftaran perlumbaan berlarutan selama dua hari.
".. 18hb tunggu dua jam, lepas itu organizer suruh balik mari petang. Petang pun tidak selesai juga. 19 hb hadir 10 pagi.. tunggu 30 minit baru boleh plate(nombor daftar pelumba). Itu pun terpaksa buat plate baru. Flag off mtb pun lewat 30 minit.." ujar beliau yang juga merupakan atlet berbasikal yang sering mewarnai arena perlumbaan tempatan.
Sewaktu acara perlumbaan berbasikal berlangsung, menurut saksi awam yang tidak ingin dikenali mengatakan turut berlaku satu kemalangan melibatkan di antara pelumba dengan orang awam.
Tinjauan terkini di laman sosial media rasmi penganjuran itu, terdapat beberapa komen telah 'tiada'.
Untuk rekod bagi sepanjang tahun 2025 ini, selain dari penganjuran ini terdapat dua penganjuran acara larian yang telah berjaya menarik penyertaan besar termasuk penyertaan dari luar 'Negeri Paling Bahagia' turut menerima kecaman oleh peserta berikutan pengurusan yang teruk dan juga lain-lain isu teknikal melibatkan acara sukan itu.
