Skip to main content

Sukan

Moto3: Hakim Danish panjat podium pertama dalam GP Itali

hakim danish

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali di tempat ketiga dalam perlumbaan di Litar Mugello sebentar tadi.

Pelumba berusia 18 tahun itu bermula di petak utama selepas pelumba terpantas Q2, David Almansa, tidak cukup cergas untuk berlumba.

Dan Hakim Danish sentiasa berada di kelompok depan sepanjang lima lap pertama tetapi selepas itu, menuju ke pertengahan perlumbaan, seakan ada yang tidak kena dengan jenteranya, yang kehilangan kelajuan di laluan lurus panjang.

Bagaimanapun, dengan semangat pantang menyerah, pelumba negara itu mula mengejar kedudukan kelompok depan sehinggalah berhasil berada di kedudukan kedua.

Biarpun beberapa kali dipintas, Hakim Danish memastikan penamat tempat ketiga menuju ke selekoh terakhir.

Sebagai rekod, ia merupakan kali pertama pelumba negara menaiki podium Moto3 selepas kali terakhir dilakukan Khairul Idham Pawi pada 2016.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video