Otak pemain seorang pemain dari Perancis, Kenzo Kies, diisytiharkan mati selepas lemas di Sungai Rhone dekat Lyon, pada Isnin lalu, tatkala Menteri Sukan Perancis, Marina Ferrari, turut memberi amaran mengenai aktiviti renang.
Bekas produk Lyon berusia 21 tahun -- sebelum menyertai kelab Ligue 2, En Avant Guingamp sejak musim lalu -- itu terperangkap dalam arus deras di timur negara terbabit dengan laporan mengatakan dua lagi individu berjaya diselamatkan tanpa memerlukan bantuan perubatan.
Kemudian, pasukan penyelamat mengeluarkan pemain sayap itu dari arus deras berkenaan sebelum dikejar ke hospital namun tidak dapat diselamatkan daripada insiden tersebut.
Ferrari sebelum ini memberi amaran mengenai aktiviti berenang di kawasan berbahaya dengan 20 nyawa telah terkorban akibat lemas sejak hujung minggu lalu.
Warga negara Eropah -- termasuk Britain, Itali, Switzerland dan Sepanyol -- berdepan cuaca panas melampau yang boleh mencecah 40 darjah celsius.
“Saya menggesa orang ramai agar mematuhi amaran keselamatan. Ramai yang berenang di kawasan yang tidak diawasi ketika gelombang haba dan ia bukanlah perkara remeh.
“Saya faham orang ramai mahu masuk ke dalam air untuk menyejukkan badan.
"Tetapi mereka benar-benar perlu kekal di kawasan yang diawasi," seru Ferrari.