Skuad bola jaring Terengganu Marvels yang membuka langkah berani dengan mengeluarkan peruntukan bajet besar demi memperkuatkan skuad menjelang saingan celcomdigi Netball Super League musim ini.
Menurut jurulatihnya, Siti Nor Farhana Mustafa, bantuan dana daripada persatuan negeri dan barisan penaja membuka peluang untuk skuadnya membawa masuk dua pemain import dari Namibia dan Malawi yang memiliki prestasi cemerlang di pentas antarabangsa.
Advertisement
Justeru, kehadiran dua import berkenaan dilihat sebagai taruhan penting, bukan sahaja untuk memperkukuh pasukan, malah bergandingan dengan pemain tempatan bagi merealisasikan misi besar mereka untuk menembusi kelompok tiga terbaik liga.
Beberapa hari sahaja lagi sebelum NSL 2026 membuka tirainya dan bagi kapten Melaka Mystic, Fatin Nabilatul Suhaiba Razali, ia memberi peluang untuk tebus apa yang diimpikannya ketika mewakili melaka di musim pertama dan kedua.
Anak jati Melaka itu ingin mencipta sesuatu bersama pasukan negeri kelahirannya, dengan sekurang-kurangnya dapat memimpin pasukan hingga ke kelompok lima terbaik.
Fatin juga mengakui tekanan berbeza dirasainya apabila dilantik sebagai kapten pasukan musim ini, yang juga pengalaman pertamanya mengetuai sebuah pasukan untuk saingan NSL.