Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak selepas mengumumkan persaraannya usai tamat Piala Dunia 2026.
Kenyataan itu dikongsikan di media sosial menyaksikan bintang berusia 40 tahun itu tidak dapat menahan sebak mengenangkan perjalanan karier bersama negara itu.
Berdasarkan kemas kini laman transfermarkt, Ochoa sudah melakukan 153 penampilan bersama skuad kebangsaannya.
Mexico selaku tuan rumah membuka kempen edisi kali ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan, dan Ochoa tidak diturunkan.
Jika dia disenaraikan dalam kesebelasan utama bertemu gergasi Asia, Korea Selatan, Jumaat ini maka ia secara rasminya menjadikan Ochoa penampilan keenam di pentas terbesar bola sepak tersebut sejak 2006 di Jerman.
π¨π²π½ ππ₯πππππ‘π: Football legend Memo Ochoa has announced that he will RETIRE from football after the 2026 World Cup.
"Once the World Cup is over, I no longer see a point in playing football." pic.twitter.com/CkUZCdK55Mβ The Touchline | π (@TouchlineX) June 16, 2026
"Saya tidak dapat membayangkan karier saya tanpa pasukan kebangsaan.
"Saya tidak tahu apa akan jadi tanpa skuad negara.
"Dan, sekarang waktunya telah tiba. Masa saya bersama pasukan kebangsaan sudah berakhir.
"Saya tidak lagi nampak apa gunanya bermain bola sepak.
"Saya sangat menikmati setiap saat. Saya berikan segalanya.
"Saya sangat berbangga dengan pengalaman ini.