Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Mbappe bintangi kejayaan Perancis atasi Senegal

mbappe perancis

Perancis membuktikan betapa mereka pasukan pilihan untuk bergelar juara Piala Dunia 2026 apabila menumbangkan pasukan gergasi Afrika, Senegal, 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan I di New Jersey sebentar tadi.

Finalis edisi lalu itu lebih banyak menguasai babak pertama tetapi dua peluang keemasan sepanjang tempoh berkenaan menjadi milik Senegal.

Peluang terbaik Lions of Teranga hadir pada minit ke-24 apabila Nicolas Jackson melakukan gerakan solo menarik sebelum melepaskan rembatan yang sempat terkena kaki penjaga gol, Mike Maignan, sebelum hinggap di palang sebelah kiri.

Saat-saat terakhir sebelum ke bilik persalinan, Senegal sekali lagi memperoleh peluang keemasan tetapi rembatan Ismaila Sarr melambung tinggi biarpun gawang di depannya sudah kosong.

Tujuh minit selepas perlawanan bersambung, Perancis mendaftarkan percubaan tepat pertama, di mana rembatan serong Michael Olise ditangkis keluar Édouard Mendy.

Kylian Mbappe turut memperoleh peluang pada minit ke-56 tetapi Mendy sekali lagi menjadi penghalang.

Tindakan Sadio Mane menjatuhkan Mbappe pada minit ke-59 hampir memberikan sepakan penalti buat Perancis tetapi semakan video bantuan pengadil (VAR) menafikannya.

Penantian jaringan berakhir pada minit ke-66 apabila lorongan gemilang Olise berhasil menemui kaki Mbappe, yang kemudian menolak mudah menewaskan Mendy.

Pemain gantian, Bradley Barcola, menggandakan kelebihan itu pada minit ke-82 dengan melakukan lambungan yang melepasi jangkauan Mendy'

Senegal cuba bangkit dengan jaringan cantik Ibrahim Mbaye dalam waktu kecederaan tetapi tidak sampai seminit, Mbappe kembali mematikan kebangkitan itu dengan ledakan jaringannya dari luar kawasan penalti, sekali gus memastikan tiga mata pertama pasukannya.

Perancis seterusnya akan menghadapi Iraq manakala Senegal pula akan bertemu Norway pada Selasa depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video