Skip to main content

Sukan Lain

MSN jalin kerjasama dengan Hong Kong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

HK

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan memperkukuh kerjasama dalam aspek sukan berprestasi tinggi, selain bidang profesional berkaitan.

Majlis menandatangani MoU selama tiga tahun yang berlangsung di Bukit Jalil itu telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol.

Advertisement

"Ini adalah perjanjian yang bermula tahun ini hingga 2029.

"Ia adalah tujuan untuk bekerjasama meningkatkan prestasi sukan dan pembangunan atlet.

"Kerjasama penyelidikan, perubatan sains sukan dan pelbagai perjanjian lain.

"Pertukaran pakar, maklumat dan teknologi juga antara bentuk kerjasama untuk meningkatkan tahap ekosistem sukan dua-dua negara," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video