Gol tunggal pemain kebangsaan, Daniel Ting, membantu Ratchaburi mengikat kelab Jepun, Gamba Osaka, 1-1, dalam perlawanan pertama suku akhir, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), awal pagi tadi.
Jaringan pada minit ke-18 di Stadium Suita City itu menyaksikan pasukan tuan rumah lebih dominan beraksi dengan jaringan Gamba hadir menerusi Gaku Nawata dalam penghujung permainan babak kedua.
Advertisement