Permulaan cemerlang perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, terhenti apabila tidak berjaya ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Selepas langkah kanan menewaskan jaguh India, H. S. Prannoy, dalam pusingan pertama semalam, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu hampir mengatasi pemain bukan pilihan dari Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul.
Advertisement
Dengan persembahan lebih meyakinkan, atlet berusia 27 tahun memenangi set pertama 21-15.
Perlawanan diteruskan dalam set kedua menyaksikan Zii Jia mendahului tiga mata di hadapan, namun Panitchaphon Teeraratsakul terus mengasak untuk merapatkan jurang.
Pihak lawan mendapat sentuhan terbaik apabila akhirnya membayangi wakil negara dalam set kedua 21-17 untuk mengheret ke aksi penentuan.
Menghampiri mata penamat, juara Seluruh England 2021 terpaksa berputih mata apabila tewas 8-21, sekali gus tersingkir daripada kejohanan bertaraf super 500 itu.