Manchester United mengumumkan kehadiran jurulatih baru iaitu Eva Olid sebagai pengendali baru skuad Wanita The Red Devils bagi saingan musim akan datang.
Eva menggantikan Marc Skinner yang meninggalkan pasukan selepas lima tahun, dengan pemergiannya 30 hari sebelum kempen Liga Super Wanita (WSL) bermula pada September depan.
Dia hadir ke Old Trafford dengan rekod cemerlang selepas memimpin pasukan Hearts menjuarai gelaran pertama Liga Perdana Wanita Scotland (SWPL) musim lalu, selain melangkah ke perlawanan akhir Piala Scotland pertama pada 2024.
"Perkara besar akan berlaku." ujarnya.