Selangor menewaskan Negeri Sembilan 1-0 sekali gus menandakan kekalahan kedua berturut-turut buat skuad Jang yang tunduk kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tempoh hari.
Selangor menampilkan permulaan yang cukup agresif apabila melancarkan beberapa ke arah gawang The Jangs pada awal minit separuh masa pertama.
Advertisement
Faisal Halim serta Quentin Cheng hampir meletakkan Selangor namun percubaan mereka pada minit ke-20 dan 26 gagal diterjemah kepada jaringan.
Turun beraksi di hadapan penyokong sendiri terus menjadi tonik semangat buat skuad Gergasi Merah, gol yang dinanti-nantikan akhirnya kunjung tiba selepas permainan melewati tempoh satu jam -- Nooa Laine menyumbat masuk gol melepasi Azri Ghani memberikan kelegaan kepada kem Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Luqman Hakim hampir memberikan gol penyamaan buat Negeri Sembilan pada minit ke-74 tetapi rembatannya berjaya dibaca dan dipatahkan oleh pertahanan lawan.
Aksi di Kelana Jaya tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Selangor.
Keputusan ini menyaksikan The Red Giants berada di posisi kedua liga dengan 31 mata. Negeri Sembilan pula kekal di tangga keenam dengan 17 mata.
Selangor akan bertemu Kelantan TRW untuk aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia pada 19 Januari.
Negeri Sembilan pula akan menentang Imigresen pada 17 Januari.