KTRW 0 SELANGOR 6
Selangor kembali dalam rentak kemenangan setelah kempunan dalam tiga perlawanan.
Advertisement
Kota Bharu suram berikutan Kelantan The Real Warrior (KTRW) menjadi mangsa Gergasi Merah melepaskan geram menerusi kemenangan 6-0.
Kim Jin-ho memulakan pesta Selangor dengan memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-25, sebelum Chrigor Moraes yang kembali daripada penggantungan melakar hatrik selain jaringan Alvin Fortes dan gol sendiri Faris Shah Rosli.
Kemenangan itu kembali meletakkan Selangor di tangga kedua Liga Super, sekalipun cuba digugat Kuching City yang memiliki dua kelebihan perlawanan.