Skip to main content

Permotoran

Liga Super: Negeri Sembilan sasar kelompok lima terbaik

Liga Super: Negeri Sembilan sasar kelompok lima terbaik

Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus Muhammad Rom, meletakkan sasaran jelas untuk melihat skuad Sang Rusa menamatkan kempen Liga Super Malaysia musim ini dalam kelompok lima terbaik.

Meskipun mengakui cabaran itu bukan sesuatu yang mudah, beliau tetap optimis peluang masih terbuka luas, terutama jika pasukan berjaya meraih tiga mata penting dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok.

Advertisement

Menurutnya, dengan baki empat perlawanan yang masih ada, setiap keputusan akan memainkan peranan besar dalam menentukan kedudukan akhir liga.

Untuk rekod, selepas mengharungi 20 perlawanan, Negeri Sembilan kini berada di tangga keenam dengan 23 mata hasil daripada lima kemenangan, lapan keputusan seri dan tujuh kekalahan.

Situasi itu meletakkan mereka dalam kedudukan yang masih kompetitif untuk memintas pasukan di atas, sekali gus merealisasikan sasaran menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik.

Must Watch Video