KUCHING CITY 2 TERENGGANU 1
Kuching City memanfaatkan setengah jam terakhir sebagai detik kebangkitan dalam usaha memburu tempat pentas Asia musim depan.
Advertisement
Tuan rumah kembali ke tangga kedua Liga Super untuk dipisahkan dengan jurang satu mata ke atas pencabar terdekat, Selangor, selepas 22 perlawanan.
Sepakan penalti Ronald Ngah pada minit ke-64 memadam gol awal Sang Penyu, Shervoni Mabatshoev, pada minit ke-13 sebelum seorang lagi pemain import, Jerome Etame, pada minit ke-80.