Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Arif Aiman kembali berlatih di JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Arif Aiman Hanapi kembali ke Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam, pagi tadi.

Perkembangan itu dikongsi sendiri oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) di Instagram dengan kapsyen, 'work in progress' selepas kembali daripada kecederaan hamstring.

Advertisement

Arif Aiman menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.

Namun, belum ada tarikh tertentu untuk menyatakan bintang Harimau Malaya itu kembali cergas sementara JDT akan berdepan Negeri Sembilan dan Kuching City dalam tempoh seminggu ini. 
 

Must Watch Video