Skip to main content

Bola Sepak

Letak jawatan di FAM 13 tahun lalu bawa kepada niat berbakti untuk masyarakat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AnNas

Niatnya cuma satu iaitu ingin berbakti kepada masyarakat.

Menelusuri perjalanan Nasrul Tajuddin Darus sebagai bekas fisioterapi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertanggungjawab ke atas keperluan rawatan skuad utama, Nasrul berasakan dia perlu memilih skop yang lebih besar untuk melebarkan ilmu dan keperluan dirinya kepada orang ramai.

Advertisement

Namun, pelbagai pandangan yang diterima saat dia menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan di FAM 13 tahun lalu.

"Alhamdulillah. Usai meletakkan jawatan, saya menerima tawaran sebagai pensyarah jemputan di Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Aidil Zafuan Abd Razak, Zaquan Adha Abd Razak, Safiq Rahim dan lain-lain pernah di bawah jagaan saya.

"Ketika itu, mereka semua masih bersekolah di Bukit Jalil," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Pusat rawatan dan rehabilitasi An Nas bertunjangkan rawatan saraf bagi individu yang berhadapan dengan masalah sakit kepala yang berdenyut-denyut (migrain), sakit belakang, angin ahmar dan lain-lain.

Rawatan 'dry needle' tidak mengambil masa yang terlalu lama malah kurang dari 10 minit.

Walaupun sudah lama meninggalkan FAM, perkhidmatan yang ditawarkan masih menjadi tumpuan pemain bola sepak atau mana-mana atlet yang menghubunginya sehingga kini.
 

Must Watch Video