Leandro Trossard bakal berkelana ke Turki dengan menyertai Besiktas, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, secara tidak langsung menamatkan karier tiga tahun pemain antarabangsa Belgium itu di utara London.
Pemain berusia 31 tahun itu telah membuat 174 penampilan untuk The Gunners dengan menjaringkan 36 gol selepas tiba dari Brighton & Hove Albion pada Januari 2023 sebelum membantu Arsenal menamatkan penantian 22 tahun menjulang gelaran liga musim lalu.
Media British melaporkan bahawa Besiktas akan menebus sekitar £17 juta (RM92.7j) ke atas kontraknya yang baki hingga musim depan.
Arsenal berkata Trossard telah diberi kebenaran untuk ke Istanbul bagi menjalani pemeriksaan perubatan.