Skip to main content

Bola Sepak

Latar belakang pendidikan wajar dijadikan asas pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif FAM

g

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, mencadangkan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan kriteria sekurang-kurangnya hanya pemegang ijazah sarjana muda sahaja layak untuk bertanding dan menjawat jawatan ahli jawatankuasa eksekutif badan induk bola sepak negara itu.

Ujarnya, selain kelayakan akademik, individu yang berhasrat untuk merebut jawatan dalam Kongres Pemilihan FAM perlu memiliki kemampuan menguruskan kewangan dengan baik selain pengalaman mengendalikan organisasi korporat.

"Sesiapa yang dicalonkan, mestilah memiliki kelayakan minimum akademik ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

"(Kalau untuk menjadi) jurulatih sekalipun, seseorang itu mestilah menaik taraf lesennya seperti kepada A-Pro.

"(Justeru) apabila individu itu ingin memegang tampuk tertinggi kepimpinan FAM, jawatan ini mestilah melibatkan kelayakan minimum ini.

"(Ini kerana) mereka perlu berusaha mencari sumber kewangan kerana ekosistemnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Muzakkir turut berharap agar ahli gabungan FAM memanfaatkan sebaik mungkin peluang pemilihan yang dijadualkan pada September depan bagi membentuk semula perjalanan bola sepak negara ke arah yang lebih dinamik.

"Ini masa sesuaui untuk kita berubaha 100 peratus.

"Bola sepak Malaysia sekarang terpalit dengan beberapa iaitu seperti tujuh pemain warisan, liga yang malap maka ketika inilah kita ubah sepenuhnya.

"Badan gabungan yang akan menentukan hala tuju FAM, mereka mesti melihat sentimen luar, bukan faktor simpati mahupun mahu menjadi terkenal," katanya lagi.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video