Skip to main content

Bola Sepak

Bakat luar negara berguru di Destiny FDC, pakar dari Jerman turun padang

f

Destiny FDC membuktikan keupayaannya sebagai platform pembangunan bakat muda serantau apabila turut menarik penyertaan pemain antarabangsa.

Antaranya Wataru Namai dari Jepun yang menetap di Malaysia menyertai pusat pembangunan ini sebagai langkah membina karier jangka panjang dalam bola sepak profesional.

Penyertaan Namai menunjukkan Destiny FDC dilihat sebagai hab pembangunan bakat muda dari pelbagai negara terutama di rantau Asia.

"Saya perlu lebih berkomunikasi dengan rakan sepasukan jadi di Malaysia ia agak mencabar.

"Saya datang ke mari untuk pendidikan dan menyertai akademi ini bagi memantapkan permainan," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Pengasas Destiny FDC, Alywin Henry Skelchy, mengakui pentas ini merupakan langkah penting dalam usaha memberi pendedahan antarabangsa kepada pemain muda bagi meningkatkan tahap pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Kolaborasi bersama rakan global, Schachter Sports, yang berpangkalan di Jerman turut memberi nilai tambah apabila program ini disokong oleh jurulatih berpengalaman.

"Kerjasama ini berbentuk pembangunan maka setiap tahun, pemain akan menunjukkan peningkatan.

"Kami menyediakan program yang mampan dan rekod pemain akan dicatat dan setiap enam bulan wakil Schachter Sports akan turun padang.

"Pencari bakat pula akan mula memantau kelompok pemain berusia 15 dan 16 tahun, manakala pemain terbaik dalam program bakal menjalani sesi latihan di kelab Bundesliga," katanya di Nadi Arena. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video