Skip to main content

Bola Sepak

Kuat saingan liga, kuat Harimau Malaya -- Legenda bola sepak negara

nola

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, berkongsikan bahawa saingan liga domestik yang kuat dan berkualiti secara tidak langsung akan memberikan kesan positif buat skuad kebangsaan.

Malah, bekas penyerang berbisa Selangor dan Pahang ituturut  tidak menafikan peningkatan positif yang berlaku dalam saingan liga ketika ini.

Advertisement

Perkara itu tidak dapat dinafikan selepas kemasukan pemain bertaraf bintang di Eropah beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti Jese Rodriguez (Real Madrid-Paris Saint-Germain), Fernando Forestieri (Udinese-Watford),  Mahame Siby dan ramai lagi.

"Bagi saya, macam saya cakap tadi, liga kita ini dah jauh meningkat. Liga itu sendiri adalah kekuatan pasukan kebangsaan.

 

 

"Jika liga awak (Liga Super) kuat, pasukan kebangsaan awak (Harimau Malaya) akan jadi kuat.

“Mulai daripada sekarang, kita kena perhatikan dan kita kena kenal pasti pemain-pemain yang akan sampai ke Kelayakan Piala Asia 2031.

“Sebab kita bukan lagi nak cari pemain yang di liga bawah. Kita nak carikan pemain di liga atas bermakna Liga Super. Jadi di Liga Super ini, kita ada kualiti." katanya apabila ditanya aspek yang perlu dimantapkan Harimau Malaya untuk memburu misi kelayakan ke Piala Asia 2031 seperti dipetik MakanBola.

Topik Berkaitan

Must Watch Video