Semangat kesukanan tidak pernah bersara.
Itulah yang dapat dilihat apabila Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) turun padang menyokong kempen kesedaran kanser kolorektal anjuran Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi acara Fun Run di Matic, hari ini.
Lebih manis, program itu turut menghimpunkan beberapa legenda sukan negara seperti Datuk Malek Noor, Datuk Mumtaz Jaafar, Datuk Leong Mun Yee, Datuk Dollah Salleh dan Datuk K. Rajagobal.
Mereka hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.
Selain mempromosikan gaya hidup sihat, acara itu juga menjadi platform menghargai hubungan baik di antara HKL dan komuniti sukan tanah air yang terus terjalin erat hingga ke hari ini.
"Selalunya pesakit yang ke hospital tapi hari ini, kami mendekati masyarakat selain dapat memberi kesederaan mengenai kanser.
"Atlet daripada YAKEB boleh menjadi ikon dan kami dapat terus menggembleng tenaga dalam program sebegini," kata Perunding Kolorektal dan Bedah Am HKL, Dr. Mohd Razali Ibrahim.