Skip to main content

Olahraga

Kepakaran tiga lagi jurulatih import ditagih kem olahraga

j

Olahraga Malaysia (MA) mengumumkan satu langkah besar dengan membawa masuk ketua jurulatih pecut baharu dari luar negara.

Menurut Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim, penstrukturan semula program kejurulatihan menyaksikan empat ketua jurulatih akan menerajui disiplin utama iaitu pecut, lompatan, balingan serta larian jarak sederhana dan jauh.

Mohd Manshahar Abd Jalil diberi kepercayaan mengemudi sektor lompatan, manakala tiga lagi posisi bakal diisi pakar luar negara bagi membawa perubahan baharu dalam pendekatan dan tahap latihan kepada atlet kebangsaan.

Penstrukturan ni juga dilihat sebagai keputusan strategik jangka masa panjang dalam mengembalikan sukan olahraga sebagai kuasa utama rantau ini, selain harapan barisan atlet negara mampu melakar lebih banyak kejutan dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun ini, sebelum Sukan SEA 2027.

"Kami jangkakan ketiga-tiga jurulatih dari luar negara ini akan mula melaporkan diri mulai minggu depan.

"Kami dalam proses akhir mendapatkan visa dan kelulusan," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video