Skip to main content

Bola Sepak

EGM FAM: Masih terlalu awal untuk Safee Sali terajui FAM -- Azlan Johar

azlan johar.

Bekas penyerang kebangsaan era 80an, Azlan Johar, berpendapat masih terlalu awal untuk Safee Salee menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini selepas juara Piala AFF Suzuki 2010 itu meluahkan keberanian untuk menyahut cabaran menduduki kerusi panas itu jika diberikan peluang menjelang Mesyuarat Luar Biasa (EGM) FAM pada Khamis ini.

Bagaimanapun, Azlan dalam masa sama menganggap tidak salah untuk Safee mencuba nasib bertanding jawatan itu.

"Safee Sali kita kenal dia sebagai sorang pemain bola sepak yang sudah terbukti kehebatannya di atas padang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Tetapi daripada segi pengurusan, saya rasa dia masih di peringkat permulaan, jadi saya rasa untuk dia terus bertanding jawatan presiden, masih terlalu awal.

"Tetapi tidak mustahil untuk dia menjadi presiden yang lebih baik. Jika Safee Sali memenuhi syarat dan kriteria yang diperlukan dalam pencalonan itu, mengapa tidak untuk dia mencuba nasibnya dan saya mendoakan yang terbaik buatnya."


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video