Bekas Ahli Jawatankuasa Kejurulatihan Dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia, (BAM), Norbakti Alias, menyifatkan pendekatan terkini sesi latihan badan induk badminton negara itu sebagai lebih realistik.
Menurut Bakti keputusan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen, untuk kembali menggunakan kaedah latihan 'Ala Asia" adalah langkah tepat, selepas pendekatan Eropah dilihat tidak memberikan hasil yang jelas namun perlunya ada limitasi terhadap semua permintaan pemain dibawah kendaliannya.
Advertisement
"Jika diikutkan kaedah yang dia cuba praktikan adalah menumpukan kepada kekuatan pemain, saya rasa itu tidak salah, jika diikutkan kaedah lama saya tidak nampak Jun Hao prestasi dia meningkat.
"Kenapa buat masa ini dia sanggup ikut pemain dan bukan pemain turuti dia, saya keliru kenapa perlu ikut pemain. Sedangkan apa-apa program daripada jurulatih, jika ikut pemain saya rasa tidak berapa betul kecuali pemain itu dapat buktikan," katanya.
Bakti turut menyokong perbelanjaan tahunan BAM sebanyak RM55 juta, yang disifatkan sebagai pelaburan wajar demi kelangsungan pembangunan badminton bertaraf dunia dan melahirkan bakat baru dari akar umbi.
"Sebenarnya tidak banyak, tahun lalu mereka sudah belanja RM54 juta dan tahun ini RM55 juta cuma peningkatan RM1 juta.
"Jadi kita kena fikirkan untuk hantar pemain-pemain ke satu kejohanan itu sudah hampIr RM14,000, bagaimana pendedahan untuk pemain junior." tambahnya.