Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tanpa berselindung menjelaskan langsung 'tidak kisah' sekiranya Iran mahu beraksi dalam kempen Kejohanan Piala Dunia 2026 meskipun terdapat khabar angin baru-baru ini bahawa Iran sedang mempertimbangkan untuk menarik diri.
Perkara itu susulan konflik di Timur Tengah yang semakin meruncing ketika ini membabitkan Amerika Syarikat (AS)-Iran di Timur Tengah ketika ini.
Advertisement
“I really don’t care,” if #Iran participates, #US President Donald #Trump told POLITICO in an interview yesterday. “I think Iran is a very badly defeated country. They’re running on fumes.” #football #FIFAWorldCup https://t.co/bG2B8kYzg3 pic.twitter.com/wvUKtL5OLQ
— Shanghai Daily (@shanghaidaily) March 4, 2026
Malah, kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu akan berlangsung di Kanada, Mexico dan AS pada 11 Jun sehingga 19 Julai ini dengan Iran -pasukan di ranking ke-20 dunia- merupakan pasukan yang layak beraksi dalam kejohanan itu.
"Saya benar-benar tidak peduli.
"Saya betul-betul tak kisah. Saya fikir Iran adalah negara teruk yang akan kalah. Mereka sedang bermain dengan api." katanya.