Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), bakal turun meneruskan cabaran berdepan jaguh dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima, dalam perlawanan pertama pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026 pada Rabu depan.
Terdahulu, dalam saingan peringkat kumpulan menyaksikan JDT terpaksa akur tewas tipis 1-2 kepada Sanfrecce.
Advertisement
Perlawanan pertama akan berlangsung pada 4 Mac 2026 (Rabu) ini sebelum berlangsung aksi timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mac 2026 (Rabu).
Untuk rekod, JDT merupakan wakil pertama negara yang mara sejauh itu (pusingan 16) dalam kempen ACLE buat dua edisi berturut-turut selepas kali terakhir dalam kempen musim lalu.
ACLE: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) PUSINGAN 16 TERAKHIR JDT LAWAN SANFRECCE HIROSHIMA
Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Masa: Bermula 7.30 malam
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!