Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia: Empat wakil negara bermula langkah kanan

cc

Seramai empat wakil negara yang turun hari ini melepasi halangan pertama dalam saingan pusingan 64, Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, sebentar tadi.

Beregu lelaki negara, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi, muncul wakil pertama meneruskan kemaraan ke pusingan 32 selepas menewaskan lawan dari Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh, menerusi aksi straight set, 21-9, 21-13, dalam tempoh 25 minit.

 

 

 

 

 

Selepas kembali disatukan, duo bertenaga negara itu tampil dengan corak permainan pantas, taktikal bijak, serta disiplin pertahanan ampuh untuk menang.

Rentak itu diteruskan beregu wanita muda negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, yang dipaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Polina Buhrova-Kantemyr Yevheniia dari Ukraine, 21-17-21-12.

Selain itu, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, turut mengesahkan empat ke pusingan seterusnya apabila menewaskan lawan dari Brazil, Jonathan Matias, dalam aksi straight set, 21-19,21-15.

 

 

 

Sementara itu, tempoh 23 minit diperlukan perseorangan wanita negara, K.Letshanaa, untuk menewaskan lawan dari Uganda, Fadillah Shamikah, dalam aksi straight set, 21-11,21-6, untuk mara ke pusingan seterusnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video