Ketua jurulatih Melaka, E. Elavarasan, memilih untuk berdamai dengan takdir di sebalik isu pengadilan ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat semalam.
Walaupun jaringan pembukaan pasukannya pada minit 17 dilihat sebagai gol bersih, pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, bertindak membatalkannya.
Advertisement
Elavarasan memilih untuk tidak memperbesarkan isu itu dan menerima seadanya keputusan yang sudah dibuat.
"Pengadil ada di sana untuk membuat keputusan dan pada akhirnya, kita perlu menerima apa sahaja keputusan pengadil," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawa Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kerana bantah, semua orang akan bantah berdasarkan situasi tetapi situasi itu juga bergantung kepada bagaimana barisan pengadilan melihatnya.
"Pada akhirnya, kami hanya akan menurut apa yang diperkatakan oleh pengadil.
"Tiada guna untuk membantah selepas perlawanan kerana kami berada dalam situasi yang sukar untuk melihatnya."