Seramai tiga pemain import daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26 akan beraksi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia 2026.
Dua pemain Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi akan beraksi buat skuad kebangsaan Jordan serta berada diundi dalam Kumpulan J bersama Austria, Argentina dan Algeria.
Malah, bekas pemain import Selangor yang turut layak termasuklah Ali Olwan, Yazan Al-Arab, Reziq Bani Hani, dan Umarbek Eshmurodov.
Sementara itu, penggempur Terengganu, Gervane Kastaneer, turut terpilih menyarung jersi skuad Curacao yang pertama kali berjaya melayakkan diri.
Piala Dunia 2026 dijadualkan akan membuka tirai pada 11 Jun hingga 19 Julai ini di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.