Misi beregu lelaki negara menamatkan penantian 12 tahun di tempat sendiri.
Misi gandingan ranking kedua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meraih kejuaraan super 1000 buat kali pertama.
Advertisement
Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu merangkul gelaran dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah dalam Terbuka Singapura musim lalu.
Aaron dan Wooi Yik akan turun bertemu pilihan utama kejohanan yang juga merupakan juara bertahan, Kim Won Ho–Seo Seung Jae, selaku wakil tunggal negara dalam final Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, petang ini.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) FINAL TERBUKA MALAYSIA: MISI AARON CHIA-SOH WOOI YIK JUARA DI TEMPAT SENDIRI
Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)
Saluran: Astro Arena (801), Astro Badminton (815)
Venue: Axiata Arena
Masa: Jangkaan 4.00 petang
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!