Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA: Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Final Piala FA JDT vs Sabah

Juara tiga kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan berdepan Sabah bagi aksi final Piala FA 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hujung minggu ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertembung di pentas berkenaan ialah dalam edisi 1998, di mana JDT -- Johor pada ketika itu -- bergelar juara hasil kemenangan tipis 1-0 di Stadium Likas.

Advertisement

Selepas 27, kedua-dua pasukan itu akan kembali berentap tetapi dengan reputasi yang jauh berbeza, di mana JDT kini cukup dominan dalam saingan domestik.

Mampukah JDT tepati ramalam atau Sabah melakar kejutan?

Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs Sabah

Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu: 8.00 malam (prarancangan)

Saksikan aksi final Piala FA JDT lawan Sabah secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 8.00 malam, Ahad ini.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

 

Must Watch Video