Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Slot ulas insiden Bradley-Martinelli

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

Conor Bradley meninggalkan Stadium Emirates dengan bertongkat sambil memakai pendakap lutut yang mencetuskan kegusaran Arne Slot.

Pertahanan Liverpool itu kelihatan mengalami kecederaan lutut yang serius di penghujung pertemuan seri 0-0 dengan Arsenal, awal pagi tadi.

Advertisement

Insiden melibatkan Bradley dan pemain gantian Arsenal, Gabriel Martinelli, yang membaling bola ke arahnya walaupun bek sayap Liverpool itu sedang terbaring kesakitan di atas tanah mencetuskan ketegangan di hujung perlawanan.

Bradley kemudian terpaksa dibantu keluar dari stadium oleh kakitangan Liverpool tetapi dia kelihatan jelas menanggung kesakitan hingga terpaksa menggunakan tongkat dan pendakap lutut.

"Saya fikir jika pemain kami berada di atas gelanggang, orang ramai sepatutnya sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya ketika itu.

 


"Anda tidak suka melihat pemain diangkat sedemikian rupa sedangkan dia mungkin mengalami kecederaan yang serius.

"Saya tidak suka melihat salah seorang pemain saya diangkat begitu jika mereka mengalami kecederaan yang begitu teruk, tetapi kami belum pasti lagi."

Martinelli kemudiannya menyedari tindakan kasarnya itu dan berkata:  "Saya ingin minta maaf kerana bertindak balas.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada Conor agar segera sembuh."

Topik Berkaitan

Must Watch Video