Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Dorgu berehat panjang ekoran kecederaan

EPL: Dorgu berehat panjang ekoran kecederaan

Pemain sayap Manchester United, Patrick Dorgu, terlepas aksi untuk beberapa beberapa minggu ekoran kecederaan ketika kemenangan 3-2 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, kata pengendali Michael Carrick.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan hamstring yang memaksanya dikeluarkan pada minit ke-81, kira-kira setengah jam selepas gol yang dijaringkan menjadikan kedudukan 2-1 memihak United di London.

Advertisement

Dorgu menyertai United musim lalu turut meledak gol ketika menewaskan Manchester City awal bulan ini.

"Dorgu akan berehat untuk satu tempoh tertentu. Kami masih menilai berapa lama. Dia melalui dua minggu yang sangat baik.

"Pada awalnya kami tidak pasti sama ada itu kekejangan atau sesuatu yang lebih serius, tetapi nampaknya ia lebih serius.

"Sama ada beberapa minggu atau lebih lama, kami perlu tunggu dan lihat. Malangnya, inilah realiti bola sepak," kata Carrick.

United ketika ini berada di tempat keempat membuat bakal bertemu Fulham esok, memburu kemenangan ketiga berturut-turut sejak Carrick mengambil alih tugas selaku pengendali.

 

Must Watch Video