Skip to main content

Bola Sepak

Boikot bukan sekali, Ultras Malaya serius dalam perjuangan bola sepak Malaysia

UM

Tuntutan Ultras Malaya dengan slogan Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat nampaknya semakin kuat berkumandang dengan meletakkan harapan yang tinggi agar imej dan maruah pasukan bola sepak negara bakal pulih seperti mana zaman kegemilangan yang sepatutnya dahulu.

Menerusi laman Facebook UM'07, gesaan itu bukan membabitkan sebarang kepentingan atau kerusi yang sering diperebutkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya akauntabiliti yang mampu memberikan jaminan lebih baik demi masa depan bola sepak tanah air.

Advertisement

"Yang kami tuntut bukan kerusi. Yang kami tuntut ialah akauntabiliti. Bola sepak Malaysia bukan milik mujtlak mana-mana individu, institusi, kelompok politik, pemilik kelab, pegawai atau orang berkepentingan.

"Kalian yang menguruskan bola sepak ini ialah rakyat. Bezanya, kalian memegang fungsi, amanah dan kuasa. Maka apabila kuasa itu digunakan, ia mesti datang bersama tanggungjawab." Jelas kenyataan yang tersebut yang disiarkan pada Isnin.

Justeru KBSKR menuntut satu perkara asas iaitu pengurusan yang lebih jujur, telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Maka tidak hairanlah pihak Ultras Malaya melancarkan boikot terhadap Harimau Malaya bagi fasa pertama sehingga 31 Ogos ini atau mereka akan meneruskan boikot tersebut dalam fasa kedua yang dijangkakan akan lebih agresif.

Isu boikot oleh Ultras Malaya sebenarnya bukanlah asing kerana sebelum ini mereka pernah melakukanya beberapa kali.

Pada 2017 Ultras Malaya melancarkan gerakan untuk memboikot perlawanan melibatkan Harimau Muda menentang Indonesia dalam final Sukan SEA Kuala Lumpur (KL) gara-gara tidak berpuas hati dengan pengurusan tiket ketika itu.

Ia disusuli dengan gerakan yang sama pada 2019 dalam kejohanan Piala Airmarine juga terkait dengan isu tiket tetapi kali ini disebabkan harganya yang agak tinggi.

Pada 2024, kumpulan penyokong tegar itu juga turut merasa tamparan atas pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam beberapa perkara termasuk peletakkan jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya ketika itu iaitu Kim Pan-gon sehingga menyebabkan kemeriahan Pestabola Merdeka kurang gah.

Gara-gara isu membabitkan tujuh pemain warisan yang telah menimbulkan pelbagai polemik dan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Ultras Malaya sekali lagi tampil untuk menuntut agar pembaharuan dilakukan segera dengan menuntut akauntabiliti daripada pihak pengurusan yang terlibat.
 

Must Watch Video