Skip to main content

Bola Sepak

Bekas setiausaha agung FAM tegur Financial Fair Play MFL

j

Bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rosli Hussein, menegaskan pemain dan jurulatih perlu mendesak melalui saluran yang betul bagi mendapatkan semula wang yang seharusnya mereka terima.

Biarpun ia kelihatan sukar pada ketika ini, namun itu antara langkah yang wajar kerana dia melihat tiada jalan lain bagi mengatasi isu ini.

Advertisement

Rosli turut melihat Financial Fair Play Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang mengikuti pendekatan Eropah gagal membantu kelangsungan kelab memandangkan masih berlaku masalah yang bersangkut paut seperti kelewatan membayar gaji,

Malah, pengelola itu juga tidak memberikan denda yang sepatutnya kepada mereka yang gagal menunaikan tuntutan tersebut.

"Saluran yang adil perlu. Malang, kasihan buat (pemain) yang tidak dibayar gaji dan ini memang memalukan bola sepak Malaysia.

"Ini memang imej bola sepak Malaysia, sekarang seluruh dunia sudah tahu melalui sosial media. Negara-negara lain pun ada cerita tak bayar gaji," katanya.

Lanjutan masa diberikan First Instance Body (FIB) kepada kelab untuk Pelesenan Kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga terpaksa dilakukan memandangkan terdapat kelab yang masih bergelut untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun, dia melihat usaha untuk mengenengahkan FIB juga tidak dilaksanakan sepenuhnya, sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah ia benar-benar relevan pada masa ini.  

"Keputusan yang dibuat (FIB) itu tidak membantu pasukan untuk bertanding dalam liga.

"Perlu ada keputusan dan perbincangan yang lebih baik, janganlah hanya melontarkan masalah kerana ia hanyalah akibat daripada masalah sebenar.

"Kita perlu tahu punca sebenar masalah, perlu diadakan satu analisa punca sebenar masalah yang dilakukan oleh pihak seperti pakar atau jururuding kerana ia (masalah) tidak boleh dibaca begitu sahaja," katanya.

 

Must Watch Video