Skip to main content

Badminton

BAM bakal perkenal skim gaji baharu buat jurulatih tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bam

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini sedang berusaha merapatkan jurang gaji jurulatih tempatan dengan memperkenalkan skim baharu yang lebih kompetitif, sejajar sokongan Program Road To Gold (RTG).

Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh, menjelaskan pihaknya sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan struktur bayaran jurulatih tempatan supaya mereka menerima bayaran yang setimpal berbanding individu luar negara.

Advertisement

Kenny turut berkongsikan jurulatih tempatan yang akan menyertai BAM selepas ini bakal menerima bayaran mengikut skim baharu yang akan diperkenalkan oleh badan induk itu dan ia lebih baik berbanding sebelum ini.

"Pertama sekali kami perlu ucapkan terima kasih kepada manta Menteri KBS kerana atas inisiatif beliau daripada Program RTG kami dapat tambahan.

"Untuk jurulatuh tempatan yang akan masuk nanti, mantan Menteri telah berikan nasihat agar mengkaji semula gaji jurulatih tempatan.

"Kami akan lakukan kajian, jurulatih tempatan yang akan masuk nanti berharap dapatkan jurangkan gaji antara jurulatih tempatan dan luar." katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video