Kem wanita negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tersingkir dalam suku akhir di Qingdao sebentar tadi.
Diundi bertemu Korea Selatan dalam peringkat kalah mati, skuad berpasukan wanita negara menemui jalan buntu untuk sekurang-kurangnya memenangi satu perlawanan, namun tewas 0-3 sekali gus harus melupakan edisi kali ini.
Advertisement
Pemain perseorangan wanita kebangsaan, K. Letshanaa, menjadi mangsa kekalahan kepada pemain nombor satu dunia, An Se-young, selepas tewas straight set 11-21, 11-21 dalam tempoh 36 minit.
Nasib terus dirundung malang apabila giliran beregu wanita pula akur dengan kehebatan Baek Ha Na-Kim Hye Jeong yang terus menjarakkan kedudukan 0-2 dengan Malaysia.
Wong Ling Ching hampir melakar kemenangan pertama negara dalam aksi perseorangan sewaktu permainan ketiga, tetapi wakil pihak lawan, Park Ga Eun, membawa Korea Selatan ke separuh akhir dengan kedudukan selesa 3-0 menerusi kejayaan straight set 16-21, 12-21.