Bekas bintang Selangor, Brendan Gan, tidak berhasrat pulang ke Malaysia apabila difahamkan diberi peranan baru oleh kelab Australia, Sutherland Sharks.
Tonggak tengah Harimau Malaya itu bergabung semula dengan kelab zaman remajanya itu selepas berpindah keluar daripada Kuala Lumpur (KL) City secara percuma.
Advertisement
Kemas kini laman transfermarkt menunjukkan pemain berusia 37 tahun itu mencatatkan lapan penampilan bersama Sharks setakat ini.
🇦🇺 Sutherland Sharks announced midfielder Brendan Gan will oversee the club's youth development program. pic.twitter.com/4AQS1OULT2
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) February 4, 2026
Menerusi perkembangan terbaru, Brendan Gan diberi tanggungjawab memantau program pembangunan kelab itu untuk melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat. Namun, belum ada pengesahan rasmi daripadanya berkenaan status selaku pemain.
Sekiranya dia belum mengumumkan persaraan, ini bermakna Brendan Gan boleh terus bermain, dalam masa sama menggilap bakat baharu menerusi program pembangunan kelab.
Ia, sekali gus menutup spekulasi berhijrah ke Kuching City seperti laporan Stadium Astro sebelum ini.