Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Main bola hebat, jual burger pun bergaya. Arif Aiman jadi model baju melayu pula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Arif

Bintang sensasi Johor Draul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, semakin mengembangkan pengaruhnya dengan beberapa perkara di luar jangkaan!

Perwatakan pemain berusia 23 tahun itu disukai peminat tempatan yang lincah di atas padang, mesra bersama penyokong dan sering menampilkan personaliti terpuji.

Advertisement

Terbaru, tonggak Harimau Malaya itu dilantik sebagai duta sebuah jenama baju melayu terkemuka, dan melihat video yang tular di TikTok menarik perhatian orang ramai tentang penampilan segak bergaya pemain itu.

@elrahworldwide Ours starboy Mr Mvp😮‍💨 tahun korang kene raya dengan Elrah tau hehe. #elrahexclusive #elrah2026 #initahunelrahraya #arifaiman #mrmvparifaiman ♬ original sound - Elrahworldwide

Sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu juga menunjukkan kemahiran memasak burger seperti yang viral di media sosial.

Arif Aiman kini menanti masa untuk kembali memperkuat Harimau Selatan selepas melalui fasa kecederaan hamstring tahun lalu.

Arif Aiman menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.

Must Watch Video