Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: 70 minit kami beraksi dengan 10 pemain, jurulatih hanya pesan... -- Faisal Halim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurulatih

Penggempur Selangor, Faisal Halim, mengakui bukan mudah beraksi dengan 10 pemain selepas Alvin Fortes dilayangkan kad merah dalam separuh masa pertama ketika berdepan BG Pathum, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pemain berusia 28 tahun itu memacu Selangor mara ke separuh akhir untuk mengikat wakil dari Thailand itu 1-1 sekali gus menjadi naib juara peringkat Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26.

Advertisement

"70 minit kami beraksi dengan 10 pemain bukan mudah, jurulatih kata berikan yang terbaik beri segala-galanya yang kami ada, bukan mudah beraksi dengan pasukan yang ada kualiti dan bagus. Kami perlu nikmati saat ini selepas mara ke separuh akhir.

 

 

 

 

"Bukan mudah untuk saya naik semula, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan. Saya perlu bersyukur. Saya perlu terus bekerja keras, 90 minit, satu jaringan bawa Selangor ke separuh akhir.

"Ini masa untuk beri aura baru buat Selangor, kami perlu terus berikan yang terbaik." katanya.

 

 

 

Must Watch Video