Skip to main content

Badminton

Badminton tidak capai sasaran Aichi-Nagoya, di manakah silapnya?

Badminton tidak capai sasaran Aichi-Nagoya, di manakah silapnya?
Advertisement

'Saya rasa pemain harus jujur dengan BAM dan BAM harus jujur dengan pemain', demikian pandangan pemenang pingat emas beregu lelaki Sukan Asia 2006 Doha, Koo Kien Keat, ketika mengulas kegagalan pemain negara memenuhi sasaran yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kontinjen badminton negara pulang dengan hanya satu pingat gangsa, jauh daripada sasaran satu perak dan satu gangsa yang ditetapkan sebelum temasya.

Advertisement

Persoalannya kini bukan lagi mengenai sasaran yang gagal dicapai, tetapi di manakah silapnya?

Kien Keat mengingatkan bahawa eksperimen membentuk pasangan baharu bukan sesuatu yang asing dalam badminton Malaysia.

Advertisement

Dia sendiri pernah melalui fasa sebagai scratch pair bersama Tan Boon Heong sebelum gandingan itu menjadi pasangan tetap dan akhirnya mencipta kejayaan besar dengan memenangi emas beregu lelaki di Doha pada 2006.

Justeru, kegagalan sesuatu gandingan baharu tidak semestinya bermakna pendekatan itu salah. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana pemain dan pengurusan benar-benar memahami matlamat, proses serta jangkaan yang ditetapkan.

“Saya rasa pemain harus jujur dengan BAM dan BAM harus jujur dengan pemain,” katanya.

Namun, prestasi keseluruhan pemain utama di Aichi-Nagoya sememangnya menimbulkan persoalan lebih besar.

Konsistensi masih menjadi masalah, manakala beberapa kealpaan sendiri dalam momen penting akhirnya menghukum pemain negara.

Jika dibandingkan dengan sukan lain yang berjaya memenuhi atau melepasi sasaran, badminton -- yang selama ini menjadi antara sandaran utama kutipan pingat Malaysia -- hanya mampu membawa pulang satu gangsa.

Keadaan itu tentunya mencetuskan rasa gelisah apabila Malaysia kini semakin menghampiri Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Dua tahun bukan tempoh yang panjang untuk memperbaiki kelemahan, apatah lagi membina barisan pencabar baharu untuk memburu pingat emas Olimpik pertama negara.

Lebih mencabar, Malaysia masih perlu bergantung kepada pemain senior yang memiliki pengalaman dan rekod lebih kukuh di pentas antarabangsa.

Namun, pergantungan itu tidak boleh berterusan selama-lamanya.

Proses melahirkan generasi baharu perlu dipercepatkan, sementara pemain sedia ada pula mesti membuktikan bahawa mereka masih mampu menjadi taruhan terbaik negara.

Kegagalan di Aichi-Nagoya mungkin hanya satu keputusan dalam perjalanan panjang menuju Los Angeles. Tetapi jika kelemahan yang sama berulang, ia boleh menjadi petanda bahawa masalah badminton negara bukan sekadar soal prestasi di gelanggang.

Ia mungkin melibatkan komunikasi, perancangan, pemilihan pasangan, pembangunan pemain dan bagaimana BAM serta atlet melihat hala tuju yang sama.

Kontinjen Malaysia sememangnya berjaya melepasi sasaran keseluruhan pingat di Aichi-Nagoya.

Tetapi bagi badminton, satu gangsa daripada sasaran satu perak dan satu gangsa meninggalkan satu persoalan yang jauh lebih besar:

Jika emas Olimpik LA2028 benar-benar menjadi sasaran, apa yang perlu diubah -- dan siapa yang sanggup bermula sekarang?

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video